SUARA WARGA PERAK

Thursday, June 25, 2009

Jawapan Dari Menteri Di Pejabat Perdana Menteri

Arahan Jemaah Menteri Harus Dilaksanakan Secara Adil Berhubung Isu Pemelukan Agama - Klik disini untuk membaca ucapan penangguhan
Jawapannya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan sesuatu arahan Jemaah Menteri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Mengenai isu penentuan agama anak yang berumur di bawah 18 tahun, apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk agama lain, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa penentuan agama anakitu mestilah dibuat selaras dengan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
MenurutFasal (4) Perkara 12 itu, agama seseorang anak yang di bawah umur 18 tahun hendaklahditetapkan oleh ibu atau bapanya iaitu perkataan parent dalam bahasa Inggeris ‘parent’ ataupenjaganya.Dalam kes Subashini a/p Rajasingham lawan Saravanan a/l Tangatori 2008 (2) MLJ 147,Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan perkataan parent sebagai mufrad iaitu singular dan bukannya jamak plural. Oleh itu, seseorang ibu atau bapa yang memeluk agama lain mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menetapkan agama anaknya yangberumur di bawah 18 tahun.
Kerajaan memang sentiasa memandang serius isu pemelukan agama dan penubuhan suatu jawatankuasa kecil oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada beberapa orang menteri untuk menangani isu berkenaan dengan penukaran agama ialah buktikeseriusan kerajaan dalam menangani isu ini bukan macam Yang Berhormat sebutkan tadi ya.
Sebelum jawatankuasa kecil ditubuhkan oleh Jemaah Menteri untuk menangani isu penukaran agama, draf Rang Undang-undang untuk meminda tiga akta iaitu:
(i) Akta Membaharui Undang-Undang iaitu Perkahwinan dan Penceraian1976;
(ii) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993;
(iii) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)198.
Akta-akta ini telah disediakan pada tahun 2007. Antara pindaan yang dicadangkan menyentuh pembubaran perkahwinan, resolution marriage, dengan izin, hak jagaan anak, nafkahanak-anak dan isteri serta pembahagian aset perkahwinan.
Jawatankuasa kecil ini telah ditaklimatkan tentang cadangan pindaan kepada akta-akta yang berkenaan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara pada 5 Mei 2009. Jadi pindaan sedang dilakukan kepada ketiga-tiga undang-undang yang berkenaan dankita sasarkan untuk pembentangan di Parlimen pada Mesyuarat Kedua yang berlangsungsekarang.
Saya harap Yang Berhormat dengan geng-geng semua sokonglah ya kalau hendak selesaikan masalah ini. Okey. Tuan Yang di-Pertua, mengenai dakwaan bahawa negara ini adalah negara sekular, Yang Berhormat sebut tadi negara ini negara sekular Perlembagaan Persekutuan secara jelas mengiktirafkan di bawah Fasal (1) Perkara 3 bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Ini berbeza dengan negara sekular yang lain seperti Amerika Syarikat,India dan Turki yang secara jelas memperuntukkan di bawah Perlembagaan mereka bahawa negara itu ialah sebuah negara sekular.Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkataan sekular ini langsung tidak disebut dimana-mana bahagian Perlembagaan.
Selain itu, kedudukan istimewa agama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan juga turut disebut di bawah Fasal (4) Perkara 11 iaitu berkenaan dengan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan penganut agama Islam oleh undang-undang negeri atau Persekutuan. Fasal (2) Perkara 12 iaitu tentang hak berkenaan dengan pendidikan di mana sah bagi Persekutuan atau satu negerimenubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islamdan melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu.
Fasal (1A) Perkara 121 berkenaan dengan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara bidang kuasa Mahkamah Syariah. Butiran 1senarai negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu yang antaranya termasuk hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam dan mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang-orang yang menganut agama Islam dan juga dalam ikrar Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat,semua peruntukan tersebut jelas memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama bagipersekutuan.
Di bawah Jadual Keempat, Perlembagaan Persekutuan misalnya Yang di-Pertuan Agong semasa dilantik jawatan itu telah bersumpah untuk memelihara agama Islam di negara ini pada setiap masa dan sumpah itu mestilah diterjemahkan dalam setiap dasar yang dibuat olehkerajaan.Kedudukan Islam sebagai agama yang istimewa di bawah Perlembagaan Persekutuanjuga telah diiktiraf oleh mahkamah atasan negara dalam kes Kamariah binti Ali lawan Kerajaan Negeri Kelantan iaitu dalam bahasa Inggerisnya Kamariah Ali dan lain-lain versus Kerajaan Negeri Kelantan dalam tahun [2004] 3 CLJ 409 FC. Dalam kes Lina Joy versus Majlis AgamaIslam Wilayah Persekutuan dan yang lain tahun [2007] 3 CLJ 557 FC.1740Ini menunjukkan kedudukan Malaysia sebagai Negara Islam.
Kedudukan Islam dalam perlembagaan yang jelas menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama Persekutuan. TuanYang di-Pertua, kedudukan Malaysia sebagai Negara Islam juga telah diperjelaskan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2001 dan 2007, dalam jawapannya di Parlimen pada 27 Ogos 2007, Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan Malaysia bukanlah sebuah Negara sekular ataupun negara autokratik. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang ditadbir berlandaskan prinsip-prinsip Islam,dan pada masa yang sama berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen yangberpandukan kepada undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan keadaan ini, tidak berubah. Terima kasih.

No comments: