SUARA WARGA PERAK

Tuesday, June 16, 2009

Ucapan Penangguhan pada sidang Parlimen - 16/06/09

ARAHAN JEMAAH MENTERI HARUS DILAKSANAKAN DENGAN PENTADBIRAN SECARA ADIL BERHUBUNG ISU PEMELUKKAN AGAMA.

Keputusan Jemaah Menteri harus dilaksanakan dengan pentadbiran secara adil berhubung isu pemelukkan agama. Isu ini sudah ditimbulkan beberapa kali dan Kerajaan tidak pernah bercadang untuk meneliti keseriusan isu ini. Negara kita adalah sebuah negara sekular dan Kerajaan harus mengambil satu keputusan yang sah dari segi undang-undang untuk mengelakkan ketidakpuashatian segolongan rakyat.

Apakah yang terjadi kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kabinet baru-baru ini serta apakah yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut setakay ini?

Arahan Jemaah Menteri pada 23 April 2009 berhubung isu pemelukkan tidak bergigi dari segi undang-undang. Secara umumnya keputusan itu dibuat secara membuta tuli demi kepentingan agenda politik semasa oleh Kerajaan. Pada masa yang sama arahan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri itu sememangnya memeranjatkan serta tidak sampai pada akikat yang sebenarnya. Sehingga hari ini tidak ada apa-apa perubahan dilakukan selepas arahan itu dikeluarkan. Kritikkan demi kritikkan dikeluarkan tetapi Kerajaan tidak dapat membuat penjelasan dan pendirian terhadap arahan tersebut.

Arahan sudah dikeluarkan tetapi sistem pelaksanaan masih belum diputuskan, inilah selalunya berlaku dinegara ini. Bilakah Kerajaan “kata dikotakan” dapat dilihat? Sehingga hari ini Kerajaan masih belum menubuhkan Jabatan Bukan Islam bagi mengendalikan segala isu-isu yang berkaitan Bukan Islam termasuk isu pemelukkan agama.

Kerajaan sehingga hari ini tidak berhasrat ataupun serius berhubung isu pemelukkan agama. Apakah yang menyebabkan Kerajaan bersikap sambil lewa dalam hal sebegini?

Pada pandangan saya, kewujudan isu sebegini adalah disebabkan oleh kegagalan Kerajaan dalam Penubuhan Jabatan Bukan Islam dan tidak mahu menghormat kehendak rakyat. Sudah berpuluh-puluh tahun Kerajaan BN mentadbir Negara ini dan kenapakah kewujudan Jabatan Bukan Islam menjadi satu soal yang begitu tidak upaya. Adakah Kerajaan tidak berupaya ataupun berniat untuk menjadi Bukan Islam sebagai kurang upaya dinegara ini?

Suara dan tangisan Bukan Islam dalam isu pemelukkan agama setiap kali diketepikan dan untuk berapa lamakah keadaan akan diteruskan dan bilakah perubahan dari perlembagaan akan diadakan?

Sekian.

M.Kulasegaran

No comments: