SUARA WARGA PERAK

Tuesday, December 30, 2008

Vacancy Info

JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi satu (1) kekosongan jawatan seperti berikut:
PEGAWAI PERLINDUNGAN SINARAN (KONTRAK)
Kelayakan :
- Mempunyai sekurang–kurangnya Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Kimia atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan diperakui oleh kerajaan
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai sekurang – kurangnya 1 atau 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

Skop Tugas :
Berkeupayaan dan berpengetahuan dalam bidang teknikal yang khusus bagi memastikan aspek pemantauan radiology dan penyeliaan tapak projek penyahcemar sisa toksid - Long Term Storage Facilities (LTSF) dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Agensi Nuklear Malaysia dan Atomic Energy Licensing Board (AELB).
Berkeupayaan mengendali serta menjalankan ujian ke atas radioaktif ke atas bahan-bahan buangan sisa monozit yang disimpan di Long Term Storage Facilities (LTSF)
Melakukan proses pemantauan merangkumi persampelan air bawah tanah, udara, dos sinaran terkumpul dan juga paras dedahan sinaran.

Merekod dan mengumpul semua data-data pemantauan untuk tujuan analisis.
Permohonan yang lengkap beserta maklumat peribadi dan sijil-sijil yang telah disahkan boleh dihantar ke :

Pengarah
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak Darul Ridzuan
Jalan Pangliam Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak
Tel : 05 – 2531957
Fax : 05 – 2418173

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Januari 2009

No comments: