SUARA WARGA PERAK

Tuesday, December 2, 2008

Vacancy Info in Majlis Daerah Tapah

A. PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERIKUT, KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

1.Nama Jawatan : PEMBANTU TEKNIK
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Bilangan kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred : J 29
Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 ? P3T21 RM3430.90

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan :
(c) Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2) dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan;


2. Nama Jawatan : PEMBANTU PENGUATKUASA
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Bilangan kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap
Gred : N17
Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 ? P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ( i ) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
( ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan tentera Malaysia yang berpangkat Koperal keatas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat ? syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
( i ) tinggi sekurang ? kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
( ii ) berat badan sekurang ? kurangnya 48 kg bai lelaki dan 46 kg bagi wanita;
( iii ) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang ? kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm ( lelaki sahaja ) ;
( iv ) lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata ;
( v ) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
( vi ) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. dan
(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 ( c ) ( i ) atau ( ii ) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


3. Nama Jawatan : PEMBANTU TADBIR ( Perkeranian dan Operasi )
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Bilangan kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred : N17
Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 ? P3T24 RM2397.95

SYARAT LANTIKAN
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ( i ) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.
( ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T6); atau
( iii ) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8) atau
( iv) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan dari Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T9) dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan; ( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas )


4. Nama Jawatan : JURUTEKNIK LANDSKAP
Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Bilangan kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred : J17
Jadual Gaji Matrik : P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 ? P3T26 RM2583.95

SYARAT LANTIKAN
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
i)Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya (Gaji permulaan ialah Gred J17:P1T8 ) atau:
ii) Sijil dalam Bidang Seni Bina,Perancang Bandar dan Wilayah atau Kejuruteraan Awam
(Seni Bina ) yang diiktiraf setaraf dengan oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah Gred J17:P1T9): dan
(c) lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan;

B. ELAUN

Sebagai kakitangan tetap calon adalah layak menerima Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) serta lain-lain elaun semasa


C. PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON:

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDT.(PKDM) - 1 yang boleh didapati dengan harga RM3.00 atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta setem 30sen kepada alamat seperti yang tercatat di bawah atau mengambil sendiri di Pejabat Majlis Daerah Tapah.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Sijil Persekolahan, Sijil Lahir, Sijil
3. Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil yang berkaitan (semua salinan sijil mesti disahkan dan tidak dikembalikan).
4. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui
Ketua Jabatan selaras dengan Perintah Am Bab `A` 21 dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang kemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

4. Alamat Permohonan:
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH TAPAH,
35000 TAPAH.

Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum : 28 Mac 2008

No comments: