SUARA WARGA PERAK

Saturday, November 29, 2008

VACANCY INFO

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (225943-T)

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

JAWATAN : JURUTEKNIK (GRED J07G10)


Kelayakan

· Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
· Memiliki Sijil Komputer dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Kriteria Pemilihan
· Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
· Berkemahiran dalam penggunaan komputer (eg Microsoft Word, Excel dll.);
· Sedia bertukar ke mana-mana lokasi dirangkaian KTMB;
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
Spesifikasi Tugas
· Memasang, menyelenggara, membaiki dan menguji perkakasan dan perisian sistem yang digunakan memenuhi spesifikasi dan prosedur keselamatan yang di tetapkan merangkumi:

a) Komputer Peribadi (PC)
b) Laptops
c) Printer
d) Plotters
e) LCD Projektor
f) Kamera Digital
g) Scanners
h) PDA
i) dan lain-lain

· Memasang perisian aplikasi termasuk Sistem Tiket (STAR), Sistem Pengurusan Operasi Tren (SPOT), Sistem Sumber Tenaga Manusia (HRMS), Sistem Kewangan dan Sistem Hartanah untuk kegunaan penguna-penguna menjalankan tugas dengan mudah dan selesa;
· Memasang dan menguji perisian sistem Windows, E-mail, Internet, Internet dan sebagainya ;
· Mengendalikan penghantaran dan penerimaan peralatan komputer kepada dan dari pengguna melalui perkhidmatan Pejabat Bungkusan, KTM Distribution Sdn Bhd.
· Mengemaskini data keluar masuk peralatan yang dibaiki dalam Sistem Maklumat Penyelenggaraan;
· Membuat ‘Trouble Shooting’ mengesan punca kerosakan peralatan komputer dan perisian aplikasi yang dilaporkan oleh pengguna;
· Membuat penyelenggaraan berjadual (Preventive Maintenance) ke atas semua peralatan komputer di seluruh rangkaian KTMB;
· Menghantar, memantau dan memeriksa peralatan yang dihantar semula kepada Pembekal untuk dibaikpulih dalam tempuh ‘Warranty Period’ dan mengambilnya setelah peralatan tersebut setelah dibaiki.




JAWATAN : PENYENGGARA AM (KONTRAK)
GRED PA10G12/ PENYENGGARA LANDASAN (KONTRAK) GRED R09G12



Kelayakan

¨ Berumur antara 18 hingga 30 tahun
¨ Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota
¨ Lulus SRP/PMR
¨ Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dengan baik
¨ Sanggup menjalankan tugas di mana-mana bahagian di dalam rangkaian KTM Berhad
¨ Sanggup menjalankan tugas mengikut syif




PEMBANTU TRAFIK
(GRED N09G10)

Kelayakan

· Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang
sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus
Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
· Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua
dua belah mata dan tidak buta warna;
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
· Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
· Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depoh.

Spesifikasi Tugas

· Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
· Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
· Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
· Membantu mengilirkan isyarat semboyan tangan bila mana perlu;
· Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan.


Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspxot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Disember 2008 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Sumber Manusia & Pentadbiran
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

No comments: