SUARA WARGA PERAK

Thursday, January 22, 2009

SOALAN-SOALAN PARLIMEN UNTUK MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS

Setiausaha Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia , Bangunan Parlimen
Jalan Perlimen
50680 Kuala Lumpur


Yang Berhormat Setiausaha Dewan Rakyat,

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawapan lisan dan bertulis:Sila ambil perhatian, saya pohon jasa baik agar tiada soalan pada bila-bila hari Isnin dalam sessi ini.

Jawapan Lisan

1.Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilangan sebenar anggota-anggota Polis yang terlibat dalam siasatan kes-kes jenayah dan apakah langkah Kerajaan dalam melantik Pegawai atasan yang berbilang kaum di PDRM?

2. Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, berapakah jumlah pekerja-pekerja syarikat swasta yang telah dan akan hilang pekerjaan akibat kemelesatan ekonomi dan adakah penubuhan TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA (RETRENCHMENT FUND) akan dapat mengurangkan beban pekerja-pekerja?

3. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan,
a) Berapakah kos dan unit lokomotif yang dibeli dan tidak diguna pakai oleh KTMB dalam jangka masa 10 tahun ini? dan
b) Kenapakah wujud krisis dalam perlantikkan Pengarah Urusan KTMB sehingga menyebabkan beberapa pengarah meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan?

4. Minta Menteri Pengajian Tinggi, menyatakan jumlah pelajar yang diambil masuk ke Universiti Kerajaan mengikut komposisi kaum serta jurusan yang ditawarkan kepada mereka pada sesi pengambilan bulan Januari 2009.

5. Minta Menteri Kesihatan menyatakan,
a) Pernahkah Kerajaan merangkaikan satu jangka masa untuk membanteras penyakit DENGGI dan CHIKUNGUNYA dinegara ini? dan
b) Adakah kerajaan mempunyai satu ukuran masa sendiri dan sehingga kini apakah taraf pencapaian kerajaan dalam membasmi penyakit DENGGI dan CHIKUNGUNYA ?

6. Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan
a) Adakah kerajaan pernah mengeluarkan laporan mengenai kes-kes penindasan pekerja-pekerja asing yang dibayar gaji rendah serta ditipu ?
b) Jika ada, apakah langkah dalam menangani isu ini dan jika tiada, Kenapa?

7. Minta Menteri Luar Negara, apakah langkah Kerajaan dalam menghindari keganasan yang berlaku di Palestin dan Sri Lanka dan sila nyatakan keefektifan serta paras kepuasan Kerajaan dalam pendiriannya?

8. Minta Perdana Menteri menyatakan, definasi sebenar yang digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan dalam mengimplementasikan pelbagai program di dalam RMK-9.

9. Minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah wang yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah SK, SJK(C) dan SJK(T) bagi tahun 2009/2010 dan bilangan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah ini pada 2009/2010.

10. Minta Perdana Menteri menyatakan,
a) Apakah rasional dalam pemberian pencen kepada kakitangan kerajaan yang dijatuhkan hukuman; dan
b) Sila senaraikan nama pesara-pesara yang telah mendapat pencen ini dan jumlah ganjaran yang diterima.


Jawapan Bertulis

1. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kajian awal dilaksanakan terhadap beberapa model kereta yang tidak mempunyai tali keledar tempat duduk belakang dan adakah pengecualian saman akan diberikan kepada pemilik kenderaan sehingga satu jangka masa?

2. Minta Perdana Menteri menyatakan,
a). Berapakah jumlah peruntukkan yang diberikan kepada setiap Kawasan Parlimen di Malaysia bagi tahun 2004-2009; dan
b) Sila senaraikan mekanisme perbelanjaan wang yang diperuntukkan bagi Kawasan Parlimen Ipoh Barat, Ipoh Timor dan Batu Gajah serta melalui saluran manakah ianya dibelanjakan?

3. Minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan menyediakan sebarang pakej khas termasuk peruntukan kewangan untuk semua kerajaan negeri berhubung penjagaan hutan simpanan dan binatang-binatang liar?

4. Minta Perdana Menteri menyatakan,
a) Sila senaraikan maklumat-maklumat perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia; dan
b) Nyatakan perjanjian yang direktifikasi serta punca kelewatannya

5.Minta Perdana Menteri menyatakan
a) Kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan kerajaan dalam jangka masa 5 tahun dan jumlah yang dijatuhkan hukuman/disabitkan salah;
b) Adakah jumlah dihukum/disabitkan salah dibawah AKTA RASUAH mengalami penurunan disebabkan oleh kelembapan jentera Kerajaan?


USUL-USUL


1. YB M.Kulasegaran (Ipoh Barat) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan untuk mengambil pendirian mengenai kezaliman yang sedang berlaku di Negara Palestin dan Sri Lanka yang tidak menghormati hak asasi manusia sehingga membunuh beribu-ribu nyawa yang tidak bersalah.”

2. YB M.Kulasegaran (Ipoh Barat) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan harus mengubahsuaikan cara kordinasi yang baru melalui penubuhan satu suruhanjaya untuk memantau kemajuan sekolah SK,SJK(C) dan SJK (T) serta pengambilan guru-guru tetap di sekolah-sekolah ini secara seimbang”

No comments: