SUARA WARGA PERAK

Wednesday, November 19, 2008

Questions for November Full Board Meeting

Tarikh : 19/11/08


Y BHG TUAN HJ. ROSHIDI B. HJ HASHIM
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil
Greetown, 30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Y Bhg Datuk,

SOALAN-SOALAN UNTUK SIDANG MESYUARAT PENUH BULAN NOVEMBER

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya ingin membangkitkan beberapa soalan untuk perhatian Datuk demi kepentingan masyarakat setempat. Dengan ini, saya pohon jasa baik pihak Datuk untuk membalas soalan ini pada Mesyuarat Penuh yang akan datang secara lisan.

3. Soalan-soalan saya adalah seperti yang berikut:-

a. Kewujudan terowong bawah tanah di bangunan Dewan Bandaraya Ipoh dikatakan benar dan apakah pelan MBI dalam membuka tirai kepada terowong ini untuk menjadikan ianya sebagai satu destinasi pelancongan untuk mempromosikan Bandaraya Ipoh? Juga sila nyatakan kepanjangan (maklumat teknikal) dan keadaan semasa terowong tersebut?

b. Sila nyatakan segala maklumat projek yang sedang (kerja- kerja naik taraf longkang dan aliran air) dijalankan di Taman Rekreasi Polo khsusunya kos kontrak dan pernahkah MBI menjalankan tinjauan dimana kebanyakkan pokok-pokok di taman ini mula diancam (dying) disebabkan oleh takungan air? Adakah kerja yang dijalankan ini akan memberi nafas baru kepada masalah takungan air yang menjadi punca utama untuk kematian pokok-pokok di taman ini?

c. Tanah yang didiami oleh pembasuh-pembasuh kain (dobi) dijalan Silibin adalah dimilik oleh MBI dan kenapakah sehingga hari ini bangunan yang kian lama itu tidak diperbaharui sehingga sekarang dan adakah MBI mempunyai apa-apa cadangan untuk mewartakan tanah itu kepada pengusaha industri dobi tersebut?

d. Sila nyatakan tindakan yang diambil untuk memastikan kebersihan pada semua waktu dan kesihatan makanan yang disaji disemua restauran dan gerai makanan?. Sudahkah MBI sedia untuk mengeluarkan sistem taraf/kategori kebersihan mengikut piawai A,B dan C bagi semua restauran dan gerai makanan sepertimana yang sedang diimplementasikan oleh beberapa majlis tempatan contohnya Bandaraya Kuching Selatan.

e. Adakah MBI mempunyai apa-apa pelan untuk menyewa tanah milikannya kepada syarikat telekomunikasi untuk mendirikan pencawang ataupun menaranya? Jika ianya diamalkan, sila nyatakan apakah rancangan yang digunakan serta nyatakan berapakah bilangan yang disewakan? Jika tidak, sila kemukakan kenapakah sistem ini tidak diamalkan?


4. Segala usaha Datuk dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

Salam Ta'zim


“Berkhidmat Untuk Rakyat”



M.Kula Segaran

1 comment:

heritage lover said...

for me..,

kewujudan terowong itu adalah untuk digunakan sebagai salah satu tempat pertahanan,perlindungan dan jugak perhubungan tempat rahsia contohnya membawa pesalah pesalah, ataupun pegawai british utk menaiki menaiki keretapi,jika berlaku kecemasan.

dan semasa era jepun plak, kemungkinan terowong tersebut digunakan utk menghukum,mendera dan segala bentuk kekejaman yg dilakukan kpd tahanan, selain itu juga kemungkinan terowong tsebut digunakan oleh pihak jepun utk melakukan operasi yg sama dilakukan oleh pihak british.

selepas era kekalahan jepun. british menjajah semula, tanah malaya pd waktu itu.

pihak komunis pula melaku ancaman kepada mereka. kemungkinan terowong tersebut igunakan lg, utk proses yg sama semasa era sebelum perang dunia ke 2 dan semasa era jepun. kemungkinan , terowong tersebut digunakan utk menghubungkan ke bangunan bersebelahan iaitu court house dimana utk pembicaraan dan laluan bg hukuman gantung kepada penganas2 komunis dan juga ahli2 politik kiri pada waktu itu.

utk pengetahuan tuan,
tanah malaya, telah diistiharkan merdeka oleh pihak british!.
cuba anda fikir?.
mengapa?..

adakah semasa proses kemerdekaan. Telah berlaku penjanjian antara tunku dan juga british?..apakah yg sebenarnya temeterai?.
adakah "malaysia" sudah dirancang oleh pihak british..??

utk pengetahuan semua bandaraya ipoh (mbi) dan juga bandaraya fukkuoka japan.telah pon menandatangi perjanjian MOU dimana kedua2 bandar tersebut merupakan bandaraya berkembar..

kemungkinan , disebbkn terowong ini akan mengakibatkan hubungan persaudaran antara ketiga2 negara ini(tanah malaya,british,japan) yg selama ini mempunyai hubungan yg baik.

jika kejadian yg sya pendapatkan td di atas benar ataupun palsu. kita tdk seharusnya takut?.
diharap pihak mbi menyegerakan langkah2 yg sepatutnya, semestinya mbi mempunyai unit khas dalam bidang ini.

jika benar ipoh memiliki terowong tersebut.
ia merupakan satu aset yg besar.
dan kemungkinan ipoh diitirafkan oleh unesco sebagai salah satu daripada warisan dunia.

p/s: ini cuma pandangan sy sbgai seorang rakyat biasa,yg tidak berpendidikan tinggi seperti pak2 menteri yg laen! diharap tulisan ini dpt kita terus berfikir utk kebaikan kita sebagai manusia.