SUARA WARGA PERAK

Monday, June 15, 2009

Parliament Questikons for June sitting

Tarikh : 25 May 2009

Setiausaha Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680

Yang Berhormat Setiausaha Dewan Rakyat


PEMBETULAN - MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan segala hormatnya ingin saya menarik perhatian Puan kepada perkara diatas.

Untuk makluman Puan, saya telahpun menukar soalan no: 3 yang dihantar sebelum ini dengan soalan baru. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Berikut adalah soalan-soalan bagi kawasan jawapan lisan dan bertulis :
Sila ambil perhatian, saya pohon jasa baik agar tiada soalan pada bila-bila hari Isnin dalam sessi ini.

Jawapan Lisan

1. Minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan

i) Langkah-langkah yang diambil bagi mencegah kuasa bekal yang berlebihan pada rumah, bangunan komersil dan kondominium.
ii) Kenapakah projek rumah Skim Bina dan Jual masih belum lagi diimplementasikan?

2. Minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam krisis perlembagaan Negeri Perak tidak mempunyai apa-apa alasan perundangan?

3. Minta Menteri Luar Negeri menyatakan

i) Kenapakah Malaysia berniat untuk memberhentikan percubaan untuk meneliti dan mencela segala rekod Hak Asasi Manusia di Sri Lanka semasa peperangan menentang LTTE?
ii) Jumlah wang dan lain-lain yang disalurkan oleh Malaysia kepada Sri Lanka serta tahap kepastian dimana wang disalurkan sebenarnya dibelanjakan bagi pemulihan pelarian Tamil?

4. Minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kementerian mempunyai apa-apa rancangan untuk membina Sekolah baru Cina, Tamil ataupun Sekolah Kebangsaan di kawasan Bercham, Ipoh? Jika Ya, dimana dan jika tidak, kenapakah tidak?

5. Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kegagalan untuk mendaftar pelajar serta melantik pekerja pentadbir golongan kaum India secara majoritinya di Institut NTS Arumugam Pillai seperti yang dijanjikan semasa pembubaran South Indian Labour Fund pada tahun 1999?

6. Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kenapakah sektor perkhidmatan awam di Malaysia adalah terbesar jika dibandingkan dengan bilangan penduduk dan adakah pengambilan di sektor awam berasaskan kepujian seseorang individu? Jika tidak, mengapakah sedemikian?

7. Minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah pemimpin-pemimpin HINDRAF ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta nyatakan sebab-sebab kukuh atas pembebasan mereka baru-baru ini?

8. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan,

i) kenapakah wujudnya kegagalan dalam penyampaiaan khidmatnya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam
ii) Jumlah peruntukkan yang diterima daripada Kerajaan dan nyatakan saluran perbelanjaannya?

9. Minta Perdana Menteri menyatakan ketidak-effektifan, ketidak-berkesanan keputusan Jemaah Menteri berhubung kes memeluk agama baru-baru ini serta bagaimanakah keputusan ini dapat diimplementasikan mengikut peruntukkan undang-undang?

10. Minta Perdana Menteri menyatakan ;

i) Jumlah bukan islam yang memeluk agama semenjak 10 tahun yang lalu? ;
ii) Dan adakah kanak-kanak yang berumur dibawah 18 tahun boleh ditukar agama oleh salah seorang ibu dan bapa?



Jawapan Bertulis


1. Minta Perdana Menteri menyatakan, kenapakah Menteri selalunya mengadakan lawatan ke negara-negara yang sudah wujud hubungan perdagangan dan apakah puncanya rakyat umum tidak diberikan peluang untuk menyertai delegasi selain daripada golongan korporat?

2. Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah pengambilan pekerja baru di sektor perkhidmatan awam dari tahun 2004-2009 (senaraikan maklumat bagi setiap tahun menurut komposisi kaum) serta jumlah pekerja yang sedang berkhidmatnya (senaraikan maklumat menurut komposisi kaum).


3. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan punca kelambatan serta kos pembinaan bangunan baru Ibu Pejabat Kontijen Perak dan Ibu Pejabat Daerah Ipoh serta apakah rancangan yang disediakan untuk Balai Polis Ipoh yang lama?

4. Minta Perdana Menteri menyatakan

i) Bila dan bagaimana pendapatan per kapita akan ditambahkan? Adakah Kerajaan berpuashati dengan kadar penjimatan rakyat?

5. Minta Perdana Menteri menyatakan setujukah bahawa kegagalan kaum India enggan membeli saham ASW 2020 adalah berpunca daripada ketidakseimbangan dalam pengagihan saham serta pemilikan punca kekayaan antara kaum terjejas dan tidak dapat dicapai?

No comments: