SUARA WARGA PERAK

Friday, June 12, 2009

Taman Merdaka flood problem

Tragedy waiting to happen due to neglect from authorities--If a part of a housing area is in danger of erosion the first thing that the authorities should do is to at least help evacuate the people until a permanent solution is found to assist the residents.

However, nearly 200 families in Taman Merdeka, Ipoh have a lot to say about how the authorities have taken them on a roller coaster ride with no solutions in sight.The residents living in the affected area of Taman Merdeka are owners of houses, part of a housing project since the 60s, where the invert level of a nearby river is higher than the platform level of the houses along Jalan Sungai and Jalan Taman Merdeka, thereby floods are common occurrence and can reach to almost 2metres high!The City Council had already confirmed that the affected two row of houses it is a failed housing project. H

owever, intervention to improve the soil and and viable solutions have not been put forward, while the residents have only come to observe protracted service from the authorities.The problems due to of over 40 years of flooding had caused soil erosion, cracks on walls and had weakened the overall strength of building structure. Water has also burst from the floor when flood occurs, where houses have tilted and sunken below land level.Two pumps (to suck in flooded water into the river again) have been erected near the river bank by the effort of Mr. Bala Marathiah, then secretary of the Rukun Tetangga in 2006. However problems still persisted especially when river water rises as the pumps cannot be operated.The residents then set up a coalition called Gabungan Penduduk Anti-Banjir Taman Merdeka (Taman Merdeka’ Anti-Flood Residents Coalition) where the drainage engineer for City Council Mr. Mustafa Al-Basree who firmly said, “buat longkang, tak akan banjir” (make drains and no more floods) which proved to be totally on the reverse .T

here was a flood when the drainage was undertaken and the Coalition invited Mr. Mustafa to the site and he conceded that drainage is not the solution and he stated that the place is highly dangerous for people to live.The Coalition is urging the relevant authorities to find solutions of this 40 year old problem with immediacy as the residents are clearly having sleepless night worrying over their loved ones and their property while being constantly under the threat of termites.

The simple demands are:1. A Task Force be formed to undertake soil test and determine is necessary (already the Council had spent RM660,000 which the residents feel could have been channelled for the right solution)2. If the authorities are unable to decide on a solution, that the residents are urging that they be evacuated to a safe place until permanent solutions are worked out

The above issue has come to my attention for a long time. The above two suggestions to overcome the predicament ought to be implemented by the local authority the soonest possible.
I have raised the flood problem in Parliament a number of times. I hereby set out the question and answers made by the relevant ministry. Subsequently the matter was raised for further action by the Ipoh City Council.

SOALAN NO 8 : PADA PARLIMEN 10/07/08 Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku pada musim hujan di sepanjang Sg. Kinta (Ipoh) terutamanya di Taman Merdeka.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Maznah Mazlan]: Assalamualaikum, selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ingin memaklumkan bahawa engikut kajian National Register of River Basin 2003, seluas 9% daripada keluasan tanah negara di Malaysia dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir termasuk kawasan-kawasan sungai di Lembah Kinta. Taman Merdeka, Taman Kok Hock Ann dan Taman Alkaf adalah merupakan kawasan perumahan yang telah lama wujud dan terletak di kawasan rendah di sepanjang Sungai Pari yang sering dilanda banjir setiap kali berlaku hujan. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil langkah sewajarnya dengan menempatkan tiga buah pam yang berkapasiti 40 kaki padu per saat kemampuannya setiap satu bagi mengeluarkan air banjir dari taman-taman ini ke Sungai Pari.

Bagi menangani masalah banjir secara jangka panjang di kawasan ini, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek tebatan banjir Sungai Pari dalam ketiga-tiga Rancangan Malaysia yang terakhir. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, sebanyak RM3 juta dan dalam Rancangan Malaysia Kelapan sejumlah RM5.7 juta dan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan RM3.5 juta berjumlah kesemuanya RM12.2 juta telah dan sedang dibelanjakan untuk projek ini. Untuk penyelesaian jangka panjang seterusnya, kementerian melalui JPS telah melantik jurutera perunding bagi menjalankan reka bentuk kejuruteraan terperinci untuk komponen kerja-kerja tebatan banjir yang lebih berkesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengenai banjir ini bukan satu perkara yang baru tetapi dalam lingkungan 10 tahun dahulu ini kerap kali apabila ada sedikit hujan pun semua taman ini selalu banjir. Satu di antara faktor adalah di mana sungai-sungai itu terlampau banyak pasir yang tidak dikeluarkan dari sungai tersebut dan saya difahamkan bahawa orang-orang di sana telah memberitahu dan telah ada dialog dengan JPS beberapa kali.

Baru-baru ini dua minggu yang lepas, saya sendiri telah mengadakan dialog dengan JPS di mana mereka mengatakan mereka menunggu tender, mereka menunggu wang Kerajaan Persekutuan. Walaupun kerajaan telah memberi beberapa janji tetapi nampaknya tidak diimplementasikan di sana. Adakah dalam hal ini kerajaan akan memberi pampasan kepada penduduk-penduduk di sana supaya mereka dapat sekurang-kurangnya mitigate the lost yang disebabkan oleh man-made. Ini bukan luar biasa dan mengenai dengan pam yang telah ada disana saya difahamkan bahawa pam-pam itu tidak bekerja, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Maznah Mazlan: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat dia atas soalan tambahan. Memang benar bahawa masalah sungai ini makin lam makin ketara kerana seperti yang kita tahu bahawa sistem pengairan termasuk sungai, tasik dan seterusnya semakin lama berlaku sedimentation dengan izin iaitu pengumpulan pasir-pasir di dasarannya dan meningkatkan atau yang meninggikan dasarannya dan meningkatkan banjir. Oleh itu, selain daripada jangka pendek yang saya cakapkan tadi kerajaan juga mengenal pasti bahawa jangka panjangnya yang perlu dibuat ialah untu.


menjalankan kerja atau membaik pulih Sungai Pari iaitu punca kepada masalah di taman-taman ini. Terdapat panjangnya Sungai Pari ini lebih kurang 40 kilometer dan setakat ini peruntukan-peruntukan yang telah saya sebut tadi sebahagian besarnya dibelanjakan untuk kerja-kerja mendalamkan dasaran sungai tersebut. Selain daripada itu, meluaskan tebing dan juga membina ban dan menaik taraf strukturstruktur berkenaan dan kerja ini akan dibuat secara berterusan dan oleh kerana sungai ini satu yang aktif bahawa kerja-kerja ini akan dibuat saya rasa secara berterusan sehingga bila-bila. Terima kasih.
______________________
Ucapan Penangguhan Pada 23 June 2008
Sistem Infra Untuk Mengatasi Masalah BanjirTuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perlunya sistem infra untuk mengatasi masalah banjir. Masalah ini adalah berkenaan dengan perlunya sistem infra yang baru untuk mengatasi masalah banjir sehingga terdedahnya manusia kepada bahaya banjir khasnya di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai taburan penduduk yang padat serta kadar binaan yang tinggi telah meningkat dengan begitu pesat dalam tahun tahun kebelakangan ini. Hal ini terbukti oleh kejadian-kejadian banjir yang serius di sekitar bandar Ipoh khususnya di Taman Merdeka, Taman Hock Onn, Taman Alkaf dan di kawasansepanjang Sungai Kinta, Ipoh.

Punca utama banjir di kawasan ini adalah disebabkan aliran permukaan pesat akibat perubahan guna tanah, alur-alur sungai dan longkang yang tersekat yang menyebabkan berkurangan keupayaan sungai melalui pemindahan kelodaknya. Pada masa yang sama pihak kerajaan harus peka dalam menangani masalah banjir di kawasan Ipoh khususnya di Taman Merdeka dan di kawasan sekitarnya. Jika turunnya hujan lebat ataupun hujan tidak berhentihenti maka ia mengambil masa yang begitu singkat sahaja untuk menenggelamkan Taman Merdeka dan kawasan sekitarnya. Dengan adanya sistem perparitan yang tidak sempurna, maka ia menyebabkan begitu ramai mangsa mengalami kerugian yang besar dan kanak-kanak juga menjadi mangsa dengan penyakit.

Rakyat kini lebih berpendidikan dan lebih sedar akan masalah alam sekitar dan juga mendapat maklumat semasa dengan lebih kerap. Mereka lebih yakin bahawa kejadian banjir ini adalah disebabkan kesilapan manusia dan kegagalan pengurusannya boleh dielakkan jika adanya satu perancangan yang awal daripada pihak kerajaan. Maka dengan itu timbulnya beberapa soalan dalam hal di mana apakah tindakan yang telah pun dirancang oleh pihak JPS dalam menangani masalah ini. Apakah sistem perparitan yang sempurna akan dilaksanakanpada kawasan-kawasan yang disebut dan bilakah ianya akan diimplementasikan.

Selain daripada itu, berapakah peruntukan yang telah pun diperuntukkan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan ini dan sehingga hari ini berapakah yang telah dibelanjakan. Dalam satu perancangan pembangunan bandar raya, masalah banjir sepatutnya dijadikan agenda utama. Perkara ini tidak boleh lagi dipandang ringan, ditolak dan diketepikan. Ia sudah menjadi lumrah di Taman Merdeka, hujan lebat yang turun sekejap pun boleh menenggelamkan taman ini dan juga kawasan yang rendah sehingga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Masalah banjir di kawasan Taman Merdeka dan sekitarnya bukannya satu fenomena yang baru dan adanya bukti-bukti yang kukuh di mana perlunya satu rancangan yang baru untuk membantu penduduk- penduduk kawasan ini.

Pihak JPS dan kerajaan masih tidak mencari satu jalan penyelesaian walaupun sudah lalu 40 tahun. Justeru itu, dengan adanya suasana ekonomi yang baik pada tahun-tahun kebelakangan ini, maka kerajaan tidak boleh menjadikan masalah ini kurang penting jika dibandingkan dengan pembangunan infra yang lain. Terima kasih.

Jawapan daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Douglas Uggah Embas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut kajian National Register of River Basin 2003, seluas 9% daripada keluasan tanah negara di Malaysia di kenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir termasuk kawasan-kawasan sungai di Lembah Kinta. Bagi menangani masalah banjir ini, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran memberi khidmat kepakaran dalam pengurusan tebatan banjir serta melaksanakan program tebatan banjir untuk melindungi nyawa dan harta benda.

Di bawah Rancangan Tebatan Banjir yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, dua bentuk langkah yang diambil iaitu langkah struktur dan langkah bukan struktur. Antara langkah-langkah struktur termasuklah pembinaan empangan tebatan banjir, pembinaan kolam takungan banjir, pembinaan lencongan, rumah pam, melebarkan dan mendalamkan sungai dan pembinaan ban benteng di tebing sungai. Sementara langkah-langkah bukan struktur adalah kajian-kajian lembangan sungai dan tebatan banjir, kajian pelan induk saliran, maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian, penyediaan garis panduan dan manual saliran mesra alam, kempen kesedaran dan program pendidikan, ramalan dan amaran banjir dan pengurusan kawasan tadahan air. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam perancangan permohonan bandar raya, kementerian melalui JPS telah memperkenalkan manual saliran mesra alam, MSMA. Manual ini telah pun diedarkan kepada pihak berkuasa tempatan di samping memberi taklimat kepada mereka.

MSMA merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh PBT di dalam meluluskan pelan pembangunan supaya isu banjir dapat ditangani.

Tuan Yang di-Pertua, justeru PBT perlu memainkan peranan dengan menangani isu banjir terutama dalam penyelenggaraan dan penaikan taraf kemudahan-kemudahan perparitan. Di samping itu, PBT juga perlu meningkatkan penguatkuasaan agar semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan bagi mengurangkan kesan banjir tempatan. Berhubung isu banjir di Taman Merdeka dan taman-taman perumahan di sekitarnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, taman-taman ini terletak di kawasan tanah rendah di sepanjang Sungai Pari, anak Sungai Kinta juga merupakan kawasan yang berisiko banjir.Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, JPS telah membelanjakan RM58.8 juta untuk melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pari. Bagi meningkatkan keupayaan Sungai Pari untuk mengalirkan air bagi mengurangkan masalah banjir di sepanjang sungai ini.

Skop kerja yang telah dilaksanakan termasuk meninggikan baris Sungai Pari bagi mengelakkan limpahan air sungai, membina semula konkrit seksyen yang telah rosak akibat hakisan air sungai dan menempatkan pam untuk mengepam air dari kawasan banjir di Taman Merdeka ke Sungai Pari. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, JPS melaksanakan kerja-kerja RTB Sungai Pari. Skop kerja yang telah dilaksanakan sehingga kini meliputi pembinaan rumah pam termasuk pemasangan pagar keselamatan dan CCTV, pembaikan dan pembinaan semula benteng L-shape sepanjang Sungai Pari serta kerja-kerja mendalam anak-anak sungai kepada Sungai Pari.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menyelesaikan masalah tersebut dalam jangka masa panjang, JPS telah melantik juru perunding untuk menyediakan reka bentuk kejuruteraan terperinci bagi cadangan kerja-kerja tebatan banjir di Taman Merdeka dan persekitarannya di sepanjang Sungai Pari.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian berharap Majlis Bandar Raya Ipoh juga memainkan peranan yang sewajarnya untuk menangani isu banjir di Taman Merdeka, Taman Hock Han dan ‘Taman Har Kaf’ ke kawasan-kawasan sekitar m emandangkan ketiga-tiga taman perumahan ini terletak di bawah kawasan perbandaran MBI. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penaik taraf sistem saliran dalaman di kawasan-kawasan tersebut adalah tanggungjawab Majlis Perbandaran Ipoh.

Justeru itu, Ahli Yang Berhormat adalah diminta untuk membangkit isu ini terus kepada Majlis Bandaran Ipoh. Terima kasih.

No comments: