SUARA WARGA PERAK

Friday, March 6, 2009

M.Kula kesal, Lagi siasatan Polis terhadap Speaker DUN Perak.

Hari ini, 6 march 09, YB M.Kula, Ahli Parlimen Ipoh Barat dan Peguam Speaker DUN Perak Augustine Anthony kelihatan masuk ke Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ipoh pada jam lebih kurang 11.oo pagi.

Ini adalah susulan notis yg dikeluarkan oleh polis dibawah seksyen 111 Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) untuk menghadiri siasatan terhadap berkenaan kes pengyantungan YB Dato Zamry dan 6 ADUN Barisan Nasional.

M.Kula menjelaskan bahawa tujuan beliau bersama peguam hadir dijabatan jenayah adalah untuk memaklumkan bahawa Speaker DUN perak tidak dapat hadir untuk menjalankan siasatan memandangkan beliau sedang bercuti rehat.

Seterusnya beliau juga berkata bahawa beliau perlu hadir dijabatan siasatan jenayah untuk memberi penjelasan supaya tiada sebarang salah tangkapan bahawa Speaker DUN tidak ingin berkerjasama dengan pihak berkuasa dengan nada yang kesal memandagkan beliau sendiri terpaksa menangguhkan segala temujanji penting hari ini untuk bagi menghadiri di pejabat polis. Ini juga boleh dianggap sebagai satu unsur kacau-ganggu.

Menurut peguam Augustine Anthony yang hadir bersama di pejabat polis, beliau juga turut kesal dimana peruntukkan-peruntukkan undang undang dibawah CPC tidak diberikan perhatian yg sewajarnya. Menurut beliau, notis dibawah seksyen 111, perlulah diserahkan kpd individu yang dipanggil utk siasatan dan bukannya kepada ataupun diserahkan kpd kerani ataupun pada pihak ketiga yg bekerja dipejabat speaker.

Augustine juga hujar, bahawa sebagai amalan notis yg dibawah seksyen 111, perlukah diserahkan kpd pihak yang disiasat dgn memberikan secukup masa untuk menjaminkan kehadiran dipejabat polis.

Menurut notis seksyen 111 ini, yang penyerahannya dilakukan dipejabat speaker pada pukul lebih kurang 3.00ptg pada 5 haribulan march 09, dimana menghendaki hadiran speaker pada 09.00 pagi pada 06 haribulan March 09.

Berikutan notis itu, hujar Augustine bahawa masa yang diberikan kepada speaker adalah terlalu singkat dan mengharapkan pihak polis lebih berprofessional dalam penyerahan notis-notis seperti ini kepada bukan saja pada speaker tetapi pada mana-mana pihak yang lain.

2 comments:

Anonymous said...

YB..how are you?...please go for what you think is the rite thing for the Perakians...you have always been the calm and right leader...we all have trust on you...I would say that this is a battle of great warriors among those losers and cheaters who took the shortcut to get their hands on Perak gov..just be strong and please just be reminded...all ... Read Moreyou steps...are sure to be a history to be learned and known by our future generations...we are making a history...long live Pakatan...and may God bless all those involved in this "holy war" for the betterment of all Perakians..

Anonymous said...

Hi YB! It's a honour to have a true & dedicated indian MP like u in our country. I wondering what v r doin as Tamilan in tis country watching our poor tamilan dying in Sri Lanka. Do v have Tabung Kebajikan Sri Lanka? Do v bother about our brothers/sisters fighting for their rights/race? Dont let our race slowly extinct like our language! V must help our Tamilan.. Uyir, muchi ellam en tamilanke.