SUARA WARGA PERAK

Saturday, May 9, 2009

Perintah mahkamah tidak sah - Karpal

UTUSAN MALAYSIA NEWS:-

IPOH 8 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa perintah mahkamah yang diperoleh polis untuk melarang sesiapa menghampiri 500 meter dari Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung semalam adalah tidak sah.

Beliau mendakwa, perintah mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah itu bukan sahaja dibuat atas pertimbangan politik malah atas arahan parti politik.

''Notis yang ditampal oleh polis di seluruh bandar raya ini juga merupakan salinan permohonan dan bukannya perintah dari Mahkamah Majistret dan dengan itu keseluruhan proses ini tidak sah,'' katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.

Menurut Karpal, sekiranya perintah itu ditarik balik, tindakan polis menahan 69 individu termasuk pemimpin pembangkang semalam juga tidak sah dan mereka tidak boleh didakwa di mahkamah.

''Mereka juga boleh mengambil tindakan undang-undang menyaman polis kerana menahan mereka secara tidak sah,'' katanya.

Mahkamah sepatutnya mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Barat, P. Sugumaran yang turut ditahan mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah semalam.

Bagaimanapun, Karpal yang mewakili Sugumaran menarik balik permohonan itu hari ini kerana ingin memfailkan permohonan baru yang lebih teratur dan mengikut prosiding.

Karpal memberitahu, permohonan semalam tidak lengkap dan tidak teratur kerana dibuat secara tergesa-gesa.
Namun kata beliau, pihaknya mempunyai masa untuk memfailkan permohonan baru yang lengkap dengan afidavit sokongan kerana sidang DUN telah ditangguhkan.

''Permohonan baru akan difailkan seberapa cepat yang boleh, seawal-awalnya Isnin ini,'' katanya.

1 comment:

Anonymous said...

YB... your PA P. Sugu is a very brave man..... he dare to talk and argue everything which is not right.. jus lik a MP/ADUN.. i respect him...maybe you shud advise him to start a blog also...